Friday, April 27, 2007

Little Miss Sunshine



Smalam tgk movie ceta Little Miss Sunshine.. memula tu biasa je.. ingat ceta ni ceta berat.. papa bear kata ceta ni banyak menang award.. ye tau.. sure ceta berat.. :I

mula2 tu biasa je.. skali bila tgk.. klakar giler.. x sangka sbb ceta ni simple je.. dan boleh dikatakan realiti utk mat saleh.. yelah pasal org nak bunuh diri, budak yg buat2 bisu, bangkrup.. sume ni diselitkan sepanjang perjalanan mereka ke satu tempat.. ke mana? ha.. tu kena tgk sendiri.. saper dah tgk mesti suka ceta ni kan?

Thursday, April 26, 2007

stupid test

stupid test? am i stupid? hehe.. ntahlah.. saje je try test ni.. suka2..
saya telah di tag oleh raja > biar bulan bicara.. oleh kerana hari ni hari pertabalan agung, maka dengan itu.. saya menjalankan tanggungjawab yang telah amanahkan untuk mencuba test ni.. keputusannya hehe... tadaaa..

StupidTester.com says I'm 42% Stupid! How stupid are you? Click Here!

daaaan.. seterusnya saya memilih calon berikut utk meneruskannya..
1) Su ungu
2) Ezad
3) Cik Bawang
4) pezul
5) minie
6) Nziela

Sunday, April 22, 2007

baby bear demam



:( baby bear demam.. terpaksala kitorang tangguhkan balik tganu.. kita manusia hanya merancang... hanya tuhan juga yg akan menentukan..
malam tu baby bear demam sampai mengigil badan dia.. badan dia kejap sejuk kejap panas ... cian sangat.. masa tu mama rasa takut sgt..
tingat kat ceta penyanyi bola2 api-achik spin ( mama x minat pun). anak dia yg brapa bulan baru lahir meninggal sebab kena demam panas.. nauzubillah..
hari yg patut balik tganu tu kitorang bawak dia pegi klinik.. lepastu kitorang terus pegi umah mak mentua.. tido sana sampaila arini.. in case kalo kitorang panic lagi tgh2 malam , at least mak mentua ada..
alhamdulillah arini babybear dah dah sihat.. nanti bila dia btol2 dah sihat nak bawak pegi klinik utk dapatkan injection anti campak... maybe insyaallah, ari selasa depan kalo papa bear x bz dan xde hal lain balikla...harap tak kacaula plan tokki nak pegi bjalan makan angin.. :I

Wednesday, April 18, 2007

balik kampung..

ho..ho..balik kampung.. hati girang..
hehe..
yea! jumaat ni da bears family akan balik ke kampung mamabear di tganu..
rindu dah kat famili sana.. balik ni nak makan kopok lekor..nasi dagang.. nasi minyak.. kat tganu hari2 bleh dapat nasi minyak tau.. bukan sebab hari2 orang kawin.. tapi sana kalo pagi2 kat restoren /gerai mesti ada nasi minyak..
mulanya tok n tokki ajak kitorang pegi bcuti ke filipina.. kami memang naaak sangat ikut.. sempena meraikan tokki mula bersara hujung bulan ni.. tapi apakan daya babybear plak x tau nak letak mana.. kalo dah besar skit seronok jugak.. ini kejap2 tido makan tido.. camno mama n papanya nak jalan.. so x jadila pegi filipina.. xpela kasi chance kat tok n tokki dia pegi honeymoon..
kitorang balik naik keta.. skang kalo nak book tiket flight dah x cam dulu.. dulu key in je no kredit kad .. skang dah x boleh.. :l nape eeh? maybe banyak sangat froud... papabear kata kena apply kredit kad khas utk pembelian di internet.. kad debit ke tu?

Tuesday, April 17, 2007

patut ke ikat yin?

Yin dijadikan pengemis? -- * Pasangan Myanmar ditahan * Polis siasat sindiket hamba kanak-kanak
Pasangan suami isteri warga Myanmar yang menyimpan Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, selama 15 hari sebelum menyerahkan kepada keluarganya semalam, hari ini ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan sindiket mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pengemis.

Pasangan suami isteri itu, Mohd. Abdul Rahman Ali Rahman dan Noor Shida Nur Islam, yang merupakan penjual besi buruk ditahan di rumah mereka di Sentul Pasar di sini, kira-kira pukul 1 tengah hari ini untuk membantu siasatan.

Serentak dengan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggerakkan satu pasukan khas bagi menangani sindiket tersebut berikutan hasil siasatan mendapati Yin disyaki diperalatkan sebagai peminta sedekah.

Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Irene Cheah hari ini mengesahkan Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin merupakan seorang kanak-kanak yang hiperaktif.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta ibu bapa yang mempunyai anak-anak hiperaktif supaya mengikat bersama mereka terutama ketika berada di tempat awam.

> Persoalannya..Patutkah ibu bapa ikatkan anak mereka sebagaimana pelancong Arab selalu buat?

Dulu masa saya xde anak lagi, nampak pak Arab buat camtu kat anak dia..rasa cam kejam je.. cam ikat binatang peliharaan plak... tapi bila perkara yang serius cam ni dah berlaku.. baru saya sedar yang tindakan pak Arab tu ada btolnya.. budak2 skang ramai yang hiperaktif. Orang kata kalo budak hiperaktif ni tandanya dia bijak.. sebab slalu suka explore sana sini.. yang penat mak bapak derangla..kejar sana sini..
oh ya, pasal nak ikat anak ni saya cadangkan ikatla cara lain yang lebih sopan..ada ke cara lain? ntahla..