Saturday, May 26, 2007

home sweet home

yea... kami anak beranak dah balik ke rumah sendiri setelah 2 minggu duk di tgnu.
kali ni btol pecah rekod... setiap hari dlm minggu ni mamabear keluar shopping/window shopping... nak berbelanja sakan tu xdela.. yela org x keje manala mampu kan... tapi rasanya syukur sangat sebab mak (tok), papabear, mak (tok ma) telah bermurah hati membelikan macam2 utk mamabear... kalo time keje dulu xdela dapat beli camni.. tima kaih banyak2.. cukuplah.. mamabear x nak pape dah.. mungkin derang kesian tgk mamabear pakai benda yg sama je.. hehe.. bukan pe, kadang kita suka pakai benda tu... benda tu jela.. x kirala tudung ke baju ke seluar ke hand beg ke kasut ke... bukan xde yg lain.. masalahnya x sempat (malas) nak gosok.. kalo dolu2 tu rajinla.. dah ada babybear ni sume nak cepat.. apa yg mamabear suka pakai skang ni mestilah baju yg x payah gosok, x panas dan sedap mata memandang.. (x taula kot org lain pandang sakit mata..:) )

Wednesday, May 23, 2007

Pulau Redang (part 2)

ada plak entry bersambung.. macamnilah seorang wanita yang bz dgn babynya pergi bercuti.. :) dipendekkan ceta.. kami sume (berempat) balik dari pulau redang 13hb yang lepas.. 3hari 2 mlm je duk sana... amik bot trip yang pertama kol 9am.. kali ni naik 1 bot je terus ke Merang.. patutnya amik masa hanya stengah jam.. unfortunately 15minit kemudian tetiba kuar asap dari bahagaian enjinnya.. pastu sume kelam kabut dan capai life jaket.. masa tu babybear tgh tido.. mamabear pun rilek lagi jaket pun dah ada.. ingat ala berasap sikit je...skali dengar derang yang kat luar bot jerit "api! api!" pastu derang matikan enjin... pastu padamkan dengan fire extinguisher.. nasib baik ada benda tu.. dan nasib baik benda tu berfungsi.. masa tu baru start panic.. tpikir jugak cemanala bot ni bleh jadi camni sedangkan masa mula2 naik tadi mamabear dah baca doa naik kenderaan.. mungkin tuhan nak uji.. toknya dah terkumat kamit berzikir dan baca.. 'robbi yasir wala tu aasir' utk mudahkan segala urusan.. pastu derang start lagi skali enjin... "woi.. benti! benti! api lagi" lagi skali drang padamkan.. kali ni sume org mula panik.. apa yg mamabear pikir kalo sume kena terjun masuk dlm air..cemana aku nak berenang sambil dukung baby ni? dulu masa blajar berenang x nak plak blajar menyelamatkan orang.. menyesal rasanya.. tanpa disangka-sangka, datangla bot lain sebelah bot kami.. dengan keadaaan ombak yg boleh tahan.. bot yg lebih besar tu dah terlanggar dan memecahkan sebahagian tingkap dan pelampung bot yg kami naiki tu... sume diarah berpindah .. syukur sgt.. mamabear org yg paling last tinggalkan bot tu.. rupanya bot penyelamat tu 2nd trip ke Merang.. dah ada penumpang.. tapi nasib baikla bot tu besar.. mamabear duk seblah driver... katanya mula2 dia nampak asap hitam dari jeti pulau pastu nampak asap putih plak... (api dah padam).. dia cuba kejar dengan bot tu habis speed.. riso kalo lambat bot tu boleh meletup.. ha? meletup? x terpikir pun bot tadi boleh meletup... ingat boleh tenggelam je.. tapi yg penting kami sume slamat sampai...

Monday, May 14, 2007

Pulau Redang

Hari jumaat baruni (8th May) tokki (atoknya babybear) ada kerja di Pulau Redang, walopun dah mula pencen.. tokki masih rajin nak buat keje.. :) apa lagi setelah mendapat kebenaran dari papabear, kami (termasuk tok) pun pergila ke Pulau Redang...
Alhamdlah, perjalanan kami ok dan selesa.. baby pun ok.. untuk sampai sana kami naik 2 bot.. mula2 bot besar (kapasiti lebih dari 100 org) lps2 bila dah sampai ke jeti pulau naik plak bot kecik.. yang bestnya ada porter lagi tolong angkat barang... kami menginap di Laguna Redang.. pemilik hotel tu berbangsa cina.. pelancong yg datang sini pun kebanyakannya cina.. 10% je org melayu.. bila tengok pantainya... sangatla cantik.. nanti nak ajak papabear datang baru seronok..
n 2 b continued (babybear dah ngantuk.. )

Tuesday, May 08, 2007

da bears family in terengganu

finally, balik juga kami ke tganu.. lps 2 kali x jadi balik bulan lepas.. kami balik 4hb May (jumaat lepas).. dan skang ni mama bear masih berada di tganu... syukur sgt baby bear ok sepanjang 7 jam duk dlm keta.. riso jugak kot dia meragam.. selama berada di sini apa lagi kami makan la nasidagang puas.. sampai 2 bungkus sorang pun abis utk breakfast.. yela biasa kat umah asyik2 oat/roti je.. kalo macam ni tiap2 pagi gemukla mama bear..
smalam papa bear dah balik ke melaka, tinggala mama bear n baby bear kat tganu ni.. tokki pun dah pencen.. smalam tok n tokki bawak kami jalan2 kat bandar tganu.. dengar cetanya January 2008 ni Majlis Perbandaran K.Tganu (MPKT) akan dinaiktaraf ke Majlis Bandaraya K.Tganu (MBKT).. dah 7 bulan kami x balik, boleh tahan jugakla perubahan yang telah dibuat oleh kerajaan di sini.. mungkin ada baiknya kerajaan Pas merampas pemerintahan dulu2.. ini sebagai wake up call kepada kerajaan Umno supaya memberi lebih kemajuan pada yang betul2 memerlukan... di sini mama bear x boleh nak cakapla berpihak di sebelah mana.. sebabnya 2 belah parti ad pros n cons nya.. just wait n see..