Tuesday, April 17, 2007

patut ke ikat yin?

Yin dijadikan pengemis? -- * Pasangan Myanmar ditahan * Polis siasat sindiket hamba kanak-kanak
Pasangan suami isteri warga Myanmar yang menyimpan Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, selama 15 hari sebelum menyerahkan kepada keluarganya semalam, hari ini ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan sindiket mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pengemis.

Pasangan suami isteri itu, Mohd. Abdul Rahman Ali Rahman dan Noor Shida Nur Islam, yang merupakan penjual besi buruk ditahan di rumah mereka di Sentul Pasar di sini, kira-kira pukul 1 tengah hari ini untuk membantu siasatan.

Serentak dengan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggerakkan satu pasukan khas bagi menangani sindiket tersebut berikutan hasil siasatan mendapati Yin disyaki diperalatkan sebagai peminta sedekah.

Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Irene Cheah hari ini mengesahkan Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin merupakan seorang kanak-kanak yang hiperaktif.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta ibu bapa yang mempunyai anak-anak hiperaktif supaya mengikat bersama mereka terutama ketika berada di tempat awam.

> Persoalannya..Patutkah ibu bapa ikatkan anak mereka sebagaimana pelancong Arab selalu buat?

Dulu masa saya xde anak lagi, nampak pak Arab buat camtu kat anak dia..rasa cam kejam je.. cam ikat binatang peliharaan plak... tapi bila perkara yang serius cam ni dah berlaku.. baru saya sedar yang tindakan pak Arab tu ada btolnya.. budak2 skang ramai yang hiperaktif. Orang kata kalo budak hiperaktif ni tandanya dia bijak.. sebab slalu suka explore sana sini.. yang penat mak bapak derangla..kejar sana sini..
oh ya, pasal nak ikat anak ni saya cadangkan ikatla cara lain yang lebih sopan..ada ke cara lain? ntahla..

3 comments:

Purpleheart said...

Anak-anak hiperaktif ni memang sebegitu, memang payah kalau nak dibawa ke tempat orang ramai. Tapi itu kan anugerah sebenarnya.

Cadangan untuk mengikat tu rasanya macam zalim sangat. Dah macam binatang peliharaan pulak. Kenapa tak aje bagi ide letak bodyguard bersama2 budak tu. Tak sampai hati nak dengar apatah lagi nak buat.

Anonymous said...

rasanya yg paling ok kita letak satu alat tracking. Memang ada sekarang. Kalau hilang, boleh cari. Kena keluar kos lah. Tapikan, sekarang macam ramai jumpa buadak yang hyperaktif...

mamabear said...

sue purple,
bodyguard ye.. ok gak.. lebih kurang cam amik bibik indonla.. tapi kalo mampu bolehla.. hmm.. i wish i could have one..mamabear yg x keje ni pun nak bibik jugak.. :)tapi kan lately bibik pun bawak problem jugak - bihtu camno?

edi,
alat tracking? ada gak tpikir camtu.. dah ada jual ye? sure mahal kan..kalo kurang dr rm500 ok kot.. kalo beribu riban harganya (cam alat tracking keta) rasanya tak ramai yg mampu beli..