Tuesday, January 30, 2007

Nasi Dagang

Lama dah x balik Tganu... rindu rasanya nak mkn nasi dagang... Ingat weekend ni nak tryla masak... Jom try resepi ni... Kalo x nak guna ikan tongkol, guna ayam pun boleh... selamat mencuba (to me.. n to anybody)..
Nasi Dagang

Bahan-bahannya:

1 1/2 Sudu besar halba
1 Mangkuk besar santan pekat - daripada satu biji kelapa
Santan cair secukupnya
1/2 Sudu kecil gula
10 Ulas bawang merah - dimayang
5 Ulas bawang putih - dimayang
4 cm Halia - dimayang
Garam secukupnya


Bahan yang perlu direndam ( 6 jam atau lebih )

4 Cawan beras panjang
1 Cawan beras pulut ( Campukan kedua-dua beras ini )

Cara-caranya:

1.Cuci campuran beras, toskan dan kukus selama 30 minit. 2.Keluarkan nasi dan gaul bersama santan cair. kukus semula selama 30 minit.
3.Masukkan halba, bawang, halia, gula dan garam kedalam santan pekat.
4.Keluarkan nasi yang telah dikukus. Gaul bersama santan pekat dan kukus lagi selama 10 minit. Angkat dan hidangkan bersama gulai nasi dagang dan acar timun.


Gulai Nasi Dagang

Bahan-bahannya:

2 Ekor ikan tongkol
20 Biji bawang merah - ditumbuk
3cm Lengkuas
2cm Kunyit - ditumbuk
2cm Halia
4 Sudu kelapa goreng - dibuat kerisik
2 Mangkuk santan pekat
1 Ulas bawang putih - ditumbuk
20 Tangkai cili kering - ditumbuk halus
5 Tangkai cili hijau
Sedikit asam gelugor
Sedikit gula
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1.Ikan direbus bersama garam dan asam gelugor. Simpan semalaman. 2.Tumis bawang putih, bawang merah, cili, kunyit, halia dan lengkuas hingga bangkit bau.
3.Masukkan santan pekat.
4.Bila mendidih masukkan ikan, kerisik, cili hijau, garam dan gula.

Wednesday, January 24, 2007

baby mandi

baby buat pe tu ha?

k. kalo xleh tgk kat sini...try pg kat youtube..

anda boleh tgl komen kat sini atau kat youtube ... :)

Monday, January 22, 2007

spa and S.P.A.

Aritu dapat free spa therapy kat cres.. valid within this month je... buatla appointment 2 ari lps.. so tadi pegila spa tu amik yg slimming nye... konon nak dapatkan flat tummy cam model...hehehe.. tapi org tu kata lps 2 ari baru nampak kesan dia... yelah tu... kalo control mkn mungkin boleh kot...

Ptg ni plak baru je isi borang S.P.A. (S'jaya Pkhidmatan Awam).. skali baru je tlepas interview post civil eng. utk JPS (Jab. P'airan & Saliran) bulan 10 baru ni.. :( kalo tau daftar awal2... eeeee geramnya...

Saturday, January 20, 2007

awal muharam

selamat menyambut maal hijrah 1428
bekerjalah kita seolah-olah akan hidup seribu tahun...
dan
beribadatlah kita seolah-olah akan mati esok hari....
(lebih kurang macam nila ayat dia)
maksudnya disini kita kena seimbang... dalam dalam ibadat dan juga kerjaya
tidak semestinya kita kena duk atas tikar sejadah je..
dan tidakla terlalu mementingkan kerja sampai meninggalkan sembahyang..
ala... sembahyang pun bukan kena amik masa 1 jam...
kalo lelaki lagi senang.. cuma perlu luangkan 5-6 minit je..kalo pompuan memangla ni leceh skit nak kena buang mekap, dah tu pakai telekung, dah smayang, simpan telekung, pakai mekap balik.. adalah dlm 10 minit.. dan janganlah kita lupa kata2 ini
'sembahyanglah kamu seselum kamu disembahyangkan'
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih....
saya pun ingin juga menyampaikan ni sebagai peringatan kepada anda semua dan termasuk juga diri saya sendiri ...

saper2 yang nak jadual masuk waktu solat mengikut negeri/negara klik sini>jakim
1. ada map malaysia kat situ. klik negeri anda,
2. pilihla jadual sama ada daily , weekly atau monthly,
3. copy n print la dlm words
4. sama2 lah kita menunaikan solat di dalam waktu yang telah ditetapkan tu..

Thursday, January 18, 2007

keje ke x keje?

hmmm... since smalam my bday... rasa cam ada semangat pulak nak keje balik. cukup akhir bulan ni genapla stahun jadi suri rumah.. lagipun baby aish da nak masuk 1 tahun 19hb bulan Feb ni... dah besar dah baby mama... blehla mama keje ye.. so next week nak start applyla mana2 company yg sesuai. agaknya 5 bulan pastu kot baru dapat (tupun kalo dapat)..hehe
ye la.. dulu tawaran jkr datang tak kena masa. time org sarat mengandung time tu la dia nak datang. kalo x bleh dah join makcik lisa n shap. takde rezki kot.
anyway... yang lepas tu lepas la. setiap apa yg jadi tu ada HIKMAHnya. lepas ni kalo ada rezki tu alhamdulilah... kalo xde cuba lagi. wish me luck!

Tuesday, January 16, 2007

tiket wayang FREE

saper nak tiket wayang free? mesti ramai yang nak kan... k senang sajer...

begini caranya :

1. klik dekat sini> gsc.com.my
2. sign up/register
3. isi form n submit
4. dah confirm then klik FREE movie coupon on your birthday
5. print coupon tu dan isi form coupon
6. anda hanya boleh guna/tunjuk coupon ni untuk dapatkan tiket wayang free di kaunter GSC saje.
7. coupon tu hanya valid utk sorang dan pada bulan hari jadi dia saje. (term n conditions apply)
8. thats all. .

selamat menonton wayang free...

Monday, January 15, 2007

yea... da balik umah

skang da balik umah sendiri... walopun sumenya kena buat sendiri tapi biasala...ada pros n cons nye... bak kata orang...
hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri...
lagi best duk umah sendiri...
tadi ada ternampak ada satu cerita ni...
check it out...

"Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Norasmah. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Sultan Norman pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.
Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Sultan Norman telah mengistiharkan bahawa,,siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.
Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung. .... Muncul lah lelaki yang pertama,
Sultan Norman: Ha, apa benda yang kau bawa tu?
Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang palingkeras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,bateri dan kapal terbang.
Sultan Norman : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.
Lelaki#1 : Silakan....
Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknyelogam itu. Kecewa lah lelaki itu, Sultan Norman dan tuan puteri...
Muncullah lelaki ke-2.....
Sultan Norman: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?
Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalamdunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malahdigunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasarlautan.
Sultan Norman: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.
Lelaki#2: Silakan.....
Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugakberlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, Sultan Norman dan puteri.
Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua bendayang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apapun!
Sultan Norman: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?
Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.
Sultan Norman: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba memegangnya.
Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini...
Sultan Norman: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!
Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki ituhanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Sultan Norman hairan... lalu tanya puterinya
Sultan Norman: Anakanda dapat pegang sesuatu?
Puteri: Dapat....
Sultan Norman: Benda tu cair?
Puteri: Tak....
Sultan Norman: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!
Lelaki: Heheheheheheheheheh ehe...... .
Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dankenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang?Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?Hehehehehehehehehe. ....
;
'
;
(Sila scroll down........ ...)
;
;
;
;
;
;
BENDA ITU IALAH------
COKLAT M&MCAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!
AWAK INGAT APA???? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...TAK SESUAIII TAU KORANG ni
HEHEHEHEHEHEHEHEHEH EHEHEHEEHEH "


(nama dan watak adalah rekaan semata-mata.... tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati...
============jangan marah ye AS..... :) =========================

Thursday, January 11, 2007

bercuti dalam demam

begitulah kami skarang ni... bercuti dlm demam. papanye dah seminggu x gi keje sbb demam. arini da ok skit tapi masih lg kurang stabil. sejak last weekend lagi kitorg pg bcuti kat umah tokma (ibu mertuaku) n tokpa (bapa mertuaku). umah tokma dekat saje.... hanya 5 minit saja kalo berkereta. sejak papanye demam.. x cukup tangan dibuatnya nak melayan m. aish danial ni... tu yg pg sana.... :) skang ni masih lagi di umah tokma... weekend ni kalo sumenya dah ok... balikla kitorg....

Thursday, January 04, 2007

musim demam n selsema?

ntahla betul ke tidak... masuk arini dah 3 kali pg klinik jumpa doktor... balik je kedah aritu.. saya demam, papanye selsema.... pastu baby pulak demam n selsema... arini papanye plak demam, saya selsema... nak kata rumah berabuk... x jugak... baru je minggu lps vacum n mop lantai... agaknya musim kot..... tadi kat klinik ramai yg datang amik ubat demam selsema ... tadi baru je mkn ubt selsema n antibiotik... agfff... ngantuknya... zzzzzzz
korang sume ade x kena demam/selsema?