Saturday, December 30, 2006

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Kepada semua umat Islam... saya nak ucapkan selamat hari raya aidil adha dan selamat tahun baru 2007. sama2lah kita membuat perancangan tahun depan supaya tahun depan lebih baik dari tahun ni. apakah pengorbanan yang telah anda lakukan tahun ini? adakah berbaloi? jangan lupa bersyukur atas apa yang ada dan mohon rezeki lebih tahun depan serta bahagia di dunia dan akhirat.
Tetapkan azam baru dan berusaha untuk mencapai azam dan matlamat. Sentiasa ingatkan azam yang ingin kita capai.Jadikan matlamat tersebut sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha. Tidak ada kejayaan tanpa usaha.
Haji tahun ini juga sangat istimewa kerana ia bermula pada hari Jumaat.Pahalanya 70 ribu kali lebih pada haji pada hari lain.Ini adalah keistimewaan hari jumaat.Esok adalah Hari Raya Korban.Kepada yang mampu,berkorban la sedikit wang ringgit anda untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan banjir di Johor,bantulah mereka.Saya pasti mereka memerlukan bantuan anda.

No comments: